Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

"Hijrah itu Pengorbanan"
"Hijrah itu Perjuangan"
"Hijrah Membentuk Perpaduan"

Itulah diantara lirik lagu popular yang kita sering dengar apabila tiba tahun baru Hijrah.

Alhamdulillah, Hari ini, kita berada pada tanggal 1 Muharram 1442 Hijrah, tahun baru bagi ummat Islam di Malaysia dan di Dunia.

Walaupun kita masih berada dalam tempoh PKPP akibat penularan wabak Covid -19, kita masih dapat menyambut Maal Hijrah dalam norma baharu dan SOP dari pihak Kerajaan.

Di awal tahun hijrah ini, saya selaku Ketua Sektor Pendidikan DPPNK ingin menyeru dan mengajak kepada semua guru, kakitangan dan pelajar untuk mengambil ibrah dari peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Disamping itu, marilah kita sama-sama berazam dan bertekad untuk melakukan yang paling cemerlang didalam apa sahaja yang kita usahakan terutama dalam bidang Pendidikan.

Semoga tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun yang telah berlalu. Insyallah.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442

Mohd Aizat bin Zakaria
Ketua Sektor Pendidikan DPPNK


About Us


© SRITI Tahfiz Tafaqquh Fiddin, Pondok Kejai. powered by instaweb.my